Pendahuluan:
Dengan nama Allah Yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah S.W.T., selawat serta salam
ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W., utusan Allah, para rasul, para sahabat
serta pengikut-pengikut baginda sehingga ke hari ini.
Alhamdulillah,
bagi menyiapkan tugasan individu yang diamanahkan, saya telah memilih sebuah
buku yang dipinjam dari Perpustakaan Awam Daerah Bera yang berjudul Siri Kajian
Hubungan Etnik: Memahami Masyarakat Cina. Buku ini telah disusun oleh Dani
Ahmad Ali dan diterbitkan oleh Pustaka Kelisa pada tahun 2010.
Buku ini juga
menggunakan laras bahasa yang mudah difahami dan sesuai untuk bacaan umum,
terdapat sisipan informasi, gambar berkaitan, glosari dan latihan kefahaman.
Buku ini sesuai dijadikan sebagai bahan
rujukan tambahan kepada pelajar yang yang mengambil kursus Hubungan
Etnik dan juga berguna kepada mahasiswa dan mahasiswi bidang pengajian Malaysia
lainnya.
Semoga dengan
pembacaan buku ini akan dapat memberi pemahaman yang lebih luas dan jelas lagi
ke arah menyalurkan maklumat dan
pengetahuan tentang hubungan etnik serta latar belakang sejarah hubungan kaum
di Malaysia. Bersesuaian dengan firman Allah S.W.T. dalam al-Quran, surah
al-Hujrat ayat 13 yang bermaksud:
“Wahai manusia! Sesungguhnya Kami
menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami menjadikan kamu
berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali antara satu sama
lain. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah
orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
lagi Maha Mengenal.”
Akhir kata,
selamat membaca kerana dengan membaca, selangkah kita untuk menambah ilmu
pengetahuan.
Membaca Jambatan Ilmu, Tak Membaca Jambatan
Dungu.
ISI
KANDUNGAN BUKU:
KAUM CINA DI MALAYSIA
KAUM CINA PERANAKAN
DIALEK KAUM CINA
AGAMA ANUTAN KAUM CINA
PERKAHWINAN KAUM CINA
ADAT SEBELUM BERKAHWIN
PERAYAAN TAHUN BARU CHINA
SENI TARIAN KAUM CINA
PAKAIAN TRADISIONAL
CINA DALAM PERNIAGAAN
GLOSARI
LATIHAN KEFAHAMAN
Isi-isi Penting:
Setelah membaca buku yang ditulis oleh Dani Ahmad Ali
ini, sedikit sebanyak telah
memberi kefahaman kepada pembaca tentang pola kehidupan
masyarakat Cina di
Malaysia. Didapati mereka berasal dari Tanah Besar China
yang menjadi warganegara
atau penduduk tetap di Malaysia.
Kebanyakan mereka ialah keturunan pendatang dari China
yang tiba di Malaysia sekitar
abad ke 15 hingga pertengahan abad ke 20. Di Malaysia
kebiasaannya, kaum ini dirujuk
atau digelar sebagai “orang Cina” dalam semua bahasa.
Istilah orang Cina Malaysia agak
jarang digunakan di negara ini.
Pendatang Cina awal (sejak abad ke 15 di Melaka, abad ke
18 di Pulau Pinang)
membentuk suku kaum Cina Peranakan atau Cina Selat yang
mengamalkan kebanyakan
adat Melayu secara berperingkat-peringkat yang berbeza,
(terhad di Pulau Pinang,
menyeluruh di Melaka), berbahasa Melayu tetapi
mengekalkan kepercayaan asal mereka.
Sebaliknya pula, pendatang-pendatang dari Tanah Besar
China pada awal abad ke 19
yang mengekalkan adat Cina dikenali sebagai Sinkheh
–“tetamu baru”.
Kaum Cina di Malaysia didapati juga mengekalkan identiti
yang amat ketara bezanya
dengan kaum lain serta jarang berkahwin campur dengan
orang Melayu atas sebab agama
dan budaya. Ini adalah kerana kebanyakan orang Melayu
beragama Islam. Di bawah
undang-undang Malaysia, perkahwinan sedemikian
memerlukan pihak bukan beragama
Islam untuk memeluk agama yang dianuti pasangannya
terlebih dahulu. Apatah lagi,
orang Cina Malaysia menganggap “kecinaan” mereka sebagai
satu identiti, budaya dan
politik.
Orang Cina Malaysia sejak sekian lama menguasai ekonomi
Malaysia, tetapi sejak
adanya Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh
kerajaan Malaysia untuk member
kesamaratan dalam kek ekonomi Negara, dominasi mereka
dalam ekonomi agak
menyusut. Walau bagaimana pun, masyarakat Cina masih
membentuk majoroti golongan
yang berpendapatan sederhana dan tinggi di Malaysia.
Pada tahun 2006, terdapat 7
hingga 7.5 juta orang Cina di Malaysia. Hingga 2004
sahaja, mereka menjadi bangsa
terkaya di Malaysia dengan penguasaan 40.9 peratus
jumlah ekuiti hak milik ekonomi
negara.
Kebanyakan pendatang Cina di Tanah Melayu berasal dari
China selatan, terutamanya di
wilayah Fujian dan Guandong. Pada abad ke 19, mereka
datang untuk bekerja sebagai
“buruh terikat” melalui perjanjian bertulis “indentured
labour”, dikenali sebagai kuli-
“kuasa susah payah”. Yang selainnya dating secara bebas
untuk bekerja dan didukung
oleh Persatuan Suku Kaum. Populasi orang Cina di Tanah
Melayu mencecah 269854
pada tahun 1911 dan kira-kira sejuta orang sekitar tahun
1949.
Menurut buku Hubungan Etnik: Konsep dan Amalannya di
Malaysia, yang diterbitkan
oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (2008), Hubungan
tanah besar China dengan
Semenanjung Tanah Melayu telah wujud sejak sekian lama
iaitu sejak kelahiran kerajaan
maritim di rantau ini seperti kerajaan Langkasuka di
Kedah, yang diasaskan pada tahun
100M. Orang Cina mula bertumpu ke Negara ini sejak akhir
abad ke-18 dan awal abad
ke19 lagi. Pulau Pinang dan Singapura menjadi destinasi
utama mereka apabila kedua-
dua pulau itu mula di buka oleh British pada tahu 1786
dan 1819. Walau bagaimana pun,
ini tidaklah bermakna bahawa orang Cina belum ada di
negara ini sebelum tempoh itu.
Ini kerana mereka sudah pun ada di Riau yang ketika itu masih
dalam kekuasaan Johor
sebagai peladang gambir dan lada hitam tetapi kemudian
berpindah ke Singapura selepas
ia dibuka. Hanya pada awal abad ke 19 baru mereka mula
memasuki negeri-negeri
Melayu di pantai barat terutama di Lukut dan Sungai Ujong
apabila dibawa masuk oleh
para pembesar Melayu untuk bekerja di lombong-lombong
bijih timah.
Mulai pertengahan abad ke-19, saudagar-saudagar Cina dan
Eropah pula membawa
masuk orang Cina setelah saudagar-saudagar berkenaan
mendapat konsesi untuk
mengerjakan lombong daripada pemerintah tempatan.
Bagaimanapun, bilangan mereka
tidaklah besar. Pada pertengahan abad ke-19 ini juga,
peladang-peladang gambir dan lada
hitam yang tertumpu di Singapura mula memasuki Johor.
Mereka diberi kawasan di
sepanjang sungai oleh pemerintah Johor untuk membuka
ladang.
Menurut Dani Ahmad Ali dalam sebuah lagi bukunya yang berjudul Sejarah
Hubungan Kaum pula,
pada 9 Oktober 1844, Temenggung Daeng Ibrahim,
Pemerintah Kerajaan Johor telah
mengeluarkan Surat Sungai yang pertama kepada seorang
pekebun Cina bernama Lau
Lib Keng. Dengan ini maka bermulalah penghijrahan
orang-orang Cina dari Singapura ke
Johor dan bermulalah penanaman gambir dan lada hitam
secra komersial di Tanah
Melayu. Corak pentadbiran kerajaan Johor ke atas pekebun-pekebun
Cina ini
kemudiannya dikenali sebagai Sistem Kangcu dan kawasan
lading gambir serta lada
hitam pula disebut Kangkar.
Kangcu adalah perkataan Teochiew yang bererti Ketua
Petempatan Cina, manakala
Kerajaan Johor menggunakan istilah Tuan Sungai. Surat
Sungai yang pertama ini
menyatakan bahawa “Ungku Temenggung Seri Maharaja memberi surat tanda keterangan
kepada orang Cina yang hendak berkebun dalam tanah
Johor’. Di dalam surat itu juga
dijelaskan bahawa Tuan Sungai mestilah membayar cukai kepada
Ungku Temenggung.
Jika tidak dijelaskan bagi tempoh tiga tahun, Tuan
Sungai tersebut akan menerima
hukuman yang berat. Di samping itu juga seorang Tuan
Sungai mesti mematuhi beberapa
peraturan lain. Peraturan-peraturan ini terkandung dalam
beberapa dokumen seperti Surat
Jual beli, Surat Pajak dan Surat Tauliah. Dokumen yang
penting ialah Surat Tauliah yang
menggariskan 17 undang-undang mengenai kuasa dan
tanggungjawab tiap-tiap Tuan
Sungai. Dalam tahun1862 sebanyak 37 Surat Sungai telah
dikeluarkan oleh Kerajaan
Johor. Dengan itu Johor telah menjadi pengeluar gambir
dan lada hitam yang terkemuka
di Nusantara mendahului Singapura dan Kepulauan Riau. Di
Perak pula, Long Jaafar
yang menjadi pembesar Larut telah membawa masuk
buruh-buruh Cina dari negeri-
negeri Selat pada pertengahan abad ke-19 untuk
mengerjakan lombong bijih timah di
Larut.
Gelombang kedatangan buruh Cina semakin hebat pada akhir
abad ke-19 dan awal abad
ke-20 sejajar dengan perkembangan dalam perusahaan
perlombongan timah. Antara
sebab kedatangan orang Cina di Tanah Melayu adalah
seperti berikut:
(a)
Faktor penolak
(i)
Sebab sosial dan ekonomi-
Pertambahan penduduk yang tidak seimbang dengan
pembukaan tanah
pertanian turut menyebabkan hasil pertanian tidak
mencukupi. Sebagai
contoh, penduduk Cina berjumlah 181 juta pada tahun
1751 telah bertambah
menjadi 432 juta pada tahun 1851. Serentak dengan itu
Kerajaan Manchu
mengenakan cukai yang tinggi untuk menanggung
perbelanjaan
pentadbirannya. Ramai petani tidak dapat membayar
cukai dan terpaksa
menjual tanahnya. Akibatnya 60 – 90 peratus daripada
petani kehilangan
tanah.
(ii)
Kekacauan dan korupsi politik di Negara China.
Keadaan politik di China yang tidak stabil telah
menggalakkan kedatangan
orang-orang Cina di Tnah Melayu. Dinasti Manchu yang
menguasai China
pada tahun 1644 mengamalkan dasar diskriminasi
terhadap penduduk Cina
tempatan. Orang-orang Cina yang tidak puas hati sering
melancarkan
pemberontakan untuk menggulingkan Kerajaan Manchu.
Salah satu
pemberontakan yang terkenal ialah Pemberontakan
Taiping(1850-1864).
Pemberontakan ini diketuai oleh Hung Hsiu-Chuan tetapi
gagal
menggulingkan Kerajaan Mancu. Oleh itu, kerajaan
bertindak lebh tegas dan
kejam untuk memadamkan perasaan tidak puas hati rakyat
dan
pemberontakan. Oleh itu, ramai orang Cina terpaksa
melarikan diri daripada
menjadi mangsa kekejaman Kerajaan Manchu.
(i)
Perkembangan ekonomi yang pesat di Tanah Melayu-
Peluang ekonomi yang banyak di Tanah Melayu telah
mendorong kedatangan
orang Cina ke Tanah Melayu. Keperluan tenaga buruh
bagi menjayakan
perusahaaan bijih timah adalah satu faktor di
samping peluang-peluang
perniagaan yang banyak di kawasan bandar
terutamanya. Peluang untuk
mengerjakan pertanian di bawah Sisem Kangchu(Johor)
menggalakkan lagi
kedatangan orang-orang Cina. Di bawah system ini,
mereka diberi tanah untuk
mengerjakan pertanian terutamanya menjalankan
pertanian lada hitam.
(ii)
Kestabilan politik-
Kestabilan politik hasil pemerintahan British yang
liberal menjadi salah satu
faktor penarik. British juga menggalakkan kedatangan
orang-orang Cina
dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti
subsidi tambang dan
sebagainya memandangkan keperluan tenaga buruh yang
murah dan banyak.
Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada
tahun 1896 telah
menjamin lagi kestabilan politik. Hal ini telah
menjadi tarikan bagi
kemasukan modal Eropah dalam sektor perlombongan
bijih timah dan
pertanian ladang. Keadaan ini mewujudkan banyak
peluang pekerjaan dan
menarik minat orang Cina untuk datang ke Tanah
Melayu.
Pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, kebanyakan
orang Cina tidak bercadang
untuk menetap di Tanah Melayu. Oleh itu kedatangan
mereka pada tempoh ini dianggap
tidak mempengaruhi komposisi sebenar penduduk negara ini
kerana mereka masih
merupakan pendatang. Walau bagaimanapun, pada tahun
1930-an, timbul kecenderungan
di kalangan buruh Cina untuk menetap di negara ini
disebabkan suasana politik dan
ekonomi di China. Kecenderungan ini ditambah pula dengan
kedatangan imigran wanita
Cina ke Tanah Melayu. Dengan itu, bermula tanda-tanda
komposisi sebenar penduduk
negara ini yang kemudian mendapat perakuan British
melalui gagasan Malayan Union.
Kini terdapat lebih tujuh juta etnik Cina di negara ini
yang merupakan kaum kedua
terbesar selepas orang Melayu.
Namun bilangan oeang Cina di Sabah adalah tidak begitu
ramai. Ketiadaan
perlombongan di sana menyebabkan tidak ada daya tarikan
untuk mereka berhijrah ke
sana. Hanya sebilangan kecil daripada mereka dibawa masuk
ke Sabah apabila ladang
tembakau dibuka. Kemasukan mereka diurus sendiri oleh
pihak British menerusi ejen-
ejen di Singapura. Di Sarawak pula, bilangan orang Cina
agak ramai berbanding di
Sabah. Orang Cina memasuki Sarawak melalui Sambas,
Pontianak, Indonesia. Pada awal
abad ke-19 mereka melombong emas di Bau. Pada awal abad
ke-20 ramai buruh masuk
ke Kuching dan terlibat dalam pertanian pasar.
Kesimpulan:
Daripada perbincangan di atas, jelas menunjukkan bahawa kemasukan
orang Cina dan
juga kaum lain (India) ke Tanah Melayu yang kemudiannya
dikenali sebagai Malaysia
telah melahirkan satu masyarakat majmuk. Setiap kaum
mengamalkan dan mengekalkan
identiti, kebudayaan dan adat resam masing-masing.
Suasana kewujudan masyarakat
majmuk ini boleh dilihat dari sudut ekonomi, politik dan
sosial.
Pada zaman penjajahan British, melalui dasarnya “pecah
dan perintah” (devide and rule),
telah menetapkan orang Melayu tinggal di kampung-kampung
atau luar bandar bagi
mewarisi kegiatan nenek moyang mereka iaitu dalam bidang
pertanian. Manakala orang
Cina pula ramai yang tinggal di kawasan bandar.
Sementara itu, orang India pula bekerja
di stet-estet dan juga menetap di situ. Perbezaan tempat
tinggal ini menyebabkan ketiga-
tiga kaum utama ini terpisah dan mempunyai hubungan yang
agak longgar.
Akhirnya dengan tindakan British yang sedemikian rupa
dalam masyarakat majmuk
memudahkan terjadinya konflik antara kaum disebabkan
oleh beberapa perkara seperti
timbulnya jarak sosial yang berbeza kerana kurang
berinteraksi yang melahirkan
prasangka dan prejudis yang tebal. Ditambah lagi dengan
adanya penguasaan dalam
bidang-bidang tertentu seperti politik atau perniagaan
yang hanya didominasi oleh
sesuatu kaum sahaja.
Rumusannya, kemungkinan pada ketika ini berlaku keretakan
hubungan antara kaum jika
tidak diambil tindakan akibat daripada beberapa tindak
tanduk British yang hanya
mementingkan keuntungan sahaja. Oleh kerana wujudnya
kepelbagaian ini maka satu
keperluan untuk membentuk suatu jati diri tersendiri supaya
kefahaman dan kesepaduan
antara etnik dapat dihayati sepenuhnya.
Untuk itu, dalam perkembangan terkini beberapa dasar
baru telah diperkenalkan dan
diperkasakan lagi dalam usaha memperkukuhkan hubungan
antara kaum seperti gagasan
atau konsep 1Malaysia. Melalui pendidikan pula telah
dijadikan platform untuk menjana
perpaduan. Antaranya ialah Rancangan Integrasi Mutid
Untuk Perpaduan (RIMUP) yang
telah diperkenalkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi
ketika beliau menjadi Menteri
Pelajaran pada tahun 1986.
Semoga apa yang dicita-citakan ini akan menjadi
kenyataan dan memastikan kelansungan
kemakmuran serta keamanan hidup di negara yang merdeka
ini berkekalan dan mendapat
rahmat dari Allah Yang Maha Berkuasa.
-
Dani Ahmad Ali. 2010. Siri Kajian Hubungan Etnik:
Sejarah Hubungan Kaum. Selangor: Pustaka Kelisa.
- YADIM. 2008. Hubungan
Etnik: Konsep dan Amalannya di
Malaysia. Kuala
Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan